NILAI: Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan negeri Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata bagi mengekang peningkatan kes dan wabak itu secara proaktif, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah menggunakan kaedah pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia.
Beliau berkata kaedah itu merupakan pencegahan secara biologi dan tidak memberi impak kepada kesihatan manusia.
"Kaedah ini juga tidak melibatkan pengubahsuaiaan nyamuk secara genetik serta tidak mengubah komposisi nyamuk di ekosistem semula jadi," katanya pada Program Pelepasan Nyamuk Aedes BerWolbachia di lokaliti Zon A Desa Anggerik di sini pada Sabtu.
Menurutnya Zon A Desa Anggerik merupakan lokaliti pertama di negeri ini yang dipilih berdasarkan beberapa faktor ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), antaranya bebanan kes demam denggi dan kerjasama baik daripada penduduk.
Wolbachia, sejenis bakteria yang disuntik ke dalam nyamuk Aedes Aegypti dan bertindak merencat perkembangan virus denggi dalam badan nyamuk seterusnya menghalang jangkitan virus denggi kepada manusia.
Nyamuk Aedes berWolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Dalam pada itu, Tengku Zamrah berkata komuniti setempat juga perlu terlibat secara langsung dengan meneruskan aktiviti kebersihan seperti gotong royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam serta luar rumah.
"Sekiranya terdapat ahli keluarga yang demam, segera dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berhampiran. Penduduk juga dibenarkan menggunakan aerosol dan penghalau nyamuk sekiranya jumlah nyamuk terlalu banyak di dalam rumah," katanya.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Harlina Abd Rashid berkata negeri ini dipilih bagi memperluaskan projek pelepasan nyamuk Aedes Aegypti berWolbachia bagi fasa keempat tahun ini.
Beliau berkata lokaliti Zon A Desa Anggerik dipilih berdasarkan kekerapan wabak dan kepadatan nyamuk Aedes Aegypti yang tinggi.
"Kaedah pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia ini merupakan strategi komplementari yang baik kerana ia sesuai dengan hala tuju pencegahan dan kawalan vektor penyakit denggi iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap racun serangga berasaskan bahan kimia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Nyamuk Aedes berWolbachia tidak memberi kesan sampingan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. - Gambar hiasan
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.